Laman ini dibangunkan sebagai pusat rujukan / tutorial bagi pembangunan aplikasi atau persembahan animasi Flash menggunakan aplikasi Swish. Swish adalah aplikasi yang kecil, mesra pengguna dan mudah digunakan bagi menghasilkan produk yang setanding dengan Adobe Flash...
Ada Kemusykilan? Tinggalkan pertanyaan anda di bawah:


Penghasilan Montaj Latar Majlis

1. Buka aplikasi Swish Max

2. Pilih template Movie (800x600)

3. Pada panel Properties, klik butang Movie Properties

4. Klik pada butang Background color untuk mengubah warna latar Montaj

5. Klik OK untuk mengekalkan aturan ini

6. Masukkan Teks untuk Montaj dengan menekan butang Text Tool (T)

7. Klik dan tarik untuk membina ruang teks pada ruang Layout

8. Klik di dalam ruang ini dan masukkan teks

9. Menggunakan alatan pada panel Properties, pilih Teks dan olah penampilannya

10. Klik butang Import Image untuk memasukkan gambar

11. Pilih gambar dari computer dan klik Open

12. Klik Selection Tool (V) untuk mengaktifkan fungsi penunjuk. Kemudian klik pada gambar dan tarik gambar ke kedudukan yang sesuai.

13. Untuk mengubah saiz gambar; Gerakkan penunjuk ke penjuru gambar > klik dan tarik kepada saiz yang sesuai.

14. Ulangi langkah 6 – 13 untuk menambahkan Teks dan Gambar ke dalam Montaj ini.

15. Sekiranya ada Teks atau Gambar yang tertindih atau perlu ditampilkan di hadapan; Teks atau Gambar tersebut boleh dianjakkan lapisannya (layer). Ulang langkah 10-13 untuk memasukkan Gambar (atau Teks) untuk dijadikan latar belakang. Kemudian anjakkan Gambar (atau Teks ini) ke lapisan lebih bawah (mengikut kesesuaian) pada panel TimeLine.

16. Ubahsuai penampilan Gambar (atau Teks) latar ini (sekiranya perlu).

17. Swish Max telah tersedia dengan banyak fungsi animasi / kesan khas. Pilih media yang hendak diberikan kesan khas > klik kanan (right click) pada baris masa yang sesuai (panel Timeline)

18. Klik butang Play Timeline untuk melihat hasil kesan khas yang telah dimasukkan.

19. Ulang langkah 17-18 untuk memasukkan kesan khas / animasi kepada Teks dan Gambar yang sesuai. Untuk membuat kesan animasi / pergerakan yang berturutan; Pastikan anda merancang waktu mula dan waktu tamat bagi setiap kesan khas untuk Teks dan Gambar yang terpilih. Setiap kotak pada panel Timeline mewakili 1 frame; Dan untuk persembahan ini, peralihan sebanyak 25 frame hanya mengambil masa 1 saat (25 frame/saat – 25fps) sahaja! (Pastikan anda menekan butang stop sebelum memasukkan kesan khas baru)

20. Montaj yang terhasil biasanya akan berhenti setelah sampai ke titik hujung masa (Timeline) di sebelah kanan. Untuk menghasilkan montaj yang akan berulang secara otomatik, klik kanan (right click) pada frame pilihan (dalam baris Scene) dan masukkan fungsi Movie Control > Goto and Play > GotoAndPlay (FRAME). Sebagai contoh, kita akan memilih untuk menganjakkan sidikit penanda ulang GotoAndPlay (FRAME) selepas masa tamat.

21. Untuk contoh ini, kita akan mulakannya kembali pada frame 1 (pertama).

22. Simpan kerja anda

23. Untuk persembahan akhir, kita akan menukar fail persembahan montaj ini kepada format Flash (.swf). Penukaran kepada jenis Projector (.exe) juga adalah sesuai terutama jika persembahan ini akan dimainkan di dalam computer yang tidak menyokong format Flash. Klik menu File > Export > SWF / EXE (Projector).

24. Buka fail persembahan yang telah anda Export tadi dan lihat hasilnya!

Klik untuk lihat HASIL
Antaramuka Swish mudah difahami dan digunakan. Anda boleh membina fail baru persembahan, mengubahsuai fail persembahan sedia ada, menyimpan fail yang telah diubah serta mengimport dan mengeksport fail persembahan dalam bentuk yang disokong oleh Swish.

Memulakan Swish

Jika istalasi program berjaya, ikon Swish akan terpapar pada ruang menu start Windows. Klik ikon ini

Membina Fail Persembahan

Fail persembahan boleh dibina menggunakan beberapa cara:

1.Membina fail baru
2.Membina fail baru dan memasukkan (import) fail persembahan kepadanya
3.Membuka fail lama dan melakukan pengubahsuaian

Bagi membina fail persembahan baru, klik File>New pada menu Swish atau klik ikon New pada palang peralatan.



Penetapan Skrin Persembahan

Sebelum memulakan kerja, tentukan dahulu saiz paparan persembahan yang diinginkan. Perlu diingati, ukuran paparan adalah dalam unit piksel (titik kecil yang mewakili satu warna). Sebagai contoh, paparan skrin monitor anda adalah 1024 (W) x 768 (H). Oleh itu sekiranya anda ingin menghasilkan persembahan dengan saiz separuh daripada monitor anda, anda boleh menggunakan saiz 512 (W) X 384 (H) piksel. Klik tab Movie pada panel ketetapan di sebelah kanan Swish dan tukar saiz skrin persembahan mengikut citarasa anda.



Anda juga boleh memilih warna bagi latar belakang pentas mengikut pilihan anda. Klik pada ruang petak di sebelah butang Bgnd Color dan pilih warna berdasarkan pilihan yang diberikan.

Di dalam animasi, terdapat satu konsep yang digunakan bagi menghasilkan sebuah persembahan yang baik dan lancar. ‘Frame rate’ atau bingkai sesaat (bilangan pertukaran gambar sesaat) membolehkan sebuah gambar berubah dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain dengan beberapa kualiti pergerakan yang berbeza. Ini membolehkan sesebuah animasi yang dihasilkan kelihatan seolah-olah bergerak. Secara biasa, Swish memilih 12 frame sesaat, tetapi jika anda merasakan persembahan anda memerlukan kualiti pergerakan animasi setara televisyen, tukar angka ini kepada 25 fps (frame per second). Tetapi perlu diingati, kualiti yang baik bermakna fail persembahan yang dibina akan memerlukan saiz yang lebih besar juga.

Memasukkan Komponen Persembahan

Setelah selesai membina pentas, kini tibalah masa untuk anda memasukkan komponen-komponen (media) yang anda perlukan bagi persembahan anda. Swish memberikan anda keupayaan mengintegrasikan media teks, gambar, audio, video, dan juga animasi untuk penghasilan sebuah persembahan multimedia yang baik dan bermutu.



Apabila anda membina fail persembahan baru, ‘Sceen 1’ ataupun babak 1 akan dibina secara otomatik. Ia akan dipaparkan pada panel outline dan jalur masa Swish. Apabila pengguna memasukkan komponen media seperti teks, gambar, bunyi dan sebagainya, media-media ini akan disusun di bawah (di dalam) sceen (babak) ini.



Klik ikon text untuk memasukkan teks anda. Taipkan teks pada ruang yang disediakan di panel ketetapan. Teks ini akan dipaparkan pada ruang layout Swish.



Anda juga boleh mengubah kedudukan teks atau media lain di ruang layout dengan menggunakan teknik ‘klik and drag’ media tersebut.



Anda juga boleh mengolah teks ini seperti di dalam Ms Word iaitu pemilihan warna, jenis susunan teks, dan format serta jenis teks.



Klik ikon image untuk memasukkan gambar ke dalam persembahan. Sebuah tetingkap ‘open’ akan dipaparkan. Cari gambar yang anda perlukan.



Seperti teks, anda juga boleh mengalihkan kedudukan gambar pada skrin layout. Selain itu, anda juga boleh mengubah saiz gambar mengikut keperluan. Klik gambar, dan tarik pada pepenjurunya untuk mengubah saiz gambar.



Menganimasikan media

Klik media yang hendak dianimasikan. Kemudian klik kotak pertama baris media itu pada kotak jalur masa.



Kemudian klik butang ‘Add Effect’. Pilih kesan animasi yang anda perlukan.