Laman ini dibangunkan sebagai pusat rujukan / tutorial bagi pembangunan aplikasi atau persembahan animasi Flash menggunakan aplikasi Swish. Swish adalah aplikasi yang kecil, mesra pengguna dan mudah digunakan bagi menghasilkan produk yang setanding dengan Adobe Flash...
Ada Kemusykilan? Tinggalkan pertanyaan anda di bawah:


Animasi Multimedia Menggunakan Swish!

Syamsul | 3:11 PTG | 0 ulasan

Sebagai pengenalan kepada teknik animasi yang mudah, Swish iaitu sebuah program pembangunan persembahan multimedia akan digunakan.

Swish?

Swish adalah sebuah program pengarangan (pengolahan mudah) multimedia yang menyokong teknik animasi kompleks dengan mudah. Bagi sesiapa yang memang kenal dengan Flash, iaitu sebuah program pengarangan multimedia yang sangat popular di dunia; apa yang perlu anda tahu ialah, Swish bukan sahaja mudah dikendalikan, bahkan ia menyokong teknik Flash yang sebelum ini hanya mampu dikendalikan oleh mereka yang benar-benar terlatih!

Mengapa Swish?

Walaupun Swish bukanlah tandingan Flash, ia masih menjadi pilihan sebahagian pembangun persembahan multimedia dan pembangun halaman web kerana beberapa faktor seperti:

1.Ia mudah dikendalikan
2.Mudah dipelajari dan dikuasai
3.Mempunyai keupayaan Flash dan penghasilan teknik animasi Flash
4.Persembahan atau program dapat dibangunkan dengan cepat
5.Harganya lebih murah

Antaramuka Swish (versi 2.0)

Setiap komponen antaramuka di atas mempunyai peranan masing-masing. Berikut adalah penerangan ringkas mengenai fungsinya:

Menu
Memberikan pengguna kuasa kawalan utama bagi mengendalikan program Swish. Ia membolehkan pembangunan program baru, menyimpan fail, membuka fail, ubahsuai fail, bantuan penggunaan program dan sebagainya.

Peralatan
Menyediakan peralatan lazim seperti membina program baru, membuka fail, menyimpan, ubahsuai fail, kawalan paras lapisan, dan sebagainya.

Palang Masukan Objek
Membenarkan pengguna memasukkan babak persembahan, tulisan, gambar, butang dan sebagainya.

Palang Kawalan
Membenarkan pengguna melakukan main balik persembahan yang dibina mengikut babak, kesan khas, dan keseluruhan persembahan.

Jalur Masa
Membenarkan penyusunan persembahan dan animasi mengikut susun atur masa dan susun atur lapisan media.

Panel Ketetapan
Memberikan pengguna kuasa penentuan  bagi olahan persembahan seperti saiz skrin persembahan, penamaan babak, interaktiviti dan sebaginya.

Panel Outline
Memaparkan pepokok (hirarki) media mengikut babak dan kedalaman susun atur lapisan media.

Panel Layout
Menyediakan pentas persembahan dan peralatan bagi mengolah persembahan.

Category:

Pengarang: Syamsul adalah pengurus halaman blog ini. Bekerja di Kolej Komuniti Sabak Bernam sejak tahun 2004 dan mempunyai pengalaman mengendalikan Swish sejak tahun 2002 (Swish versi 1.5). Blog ini dibina sebagai tapak perkongsian ilmu Swish yang beliau miliki.

TEST FACEBOOK KOMEN

0 ulasan