Menggunakan Swish v2.0!
Antaramuka Swish mudah difahami dan digunakan. Anda boleh membina fail baru persembahan, mengubahsuai fail persembahan sedia ada, menyimpan fail yang telah diubah serta mengimport dan mengeksport fail persembahan dalam bentuk yang disokong oleh Swish.
Memulakan Swish
Jika istalasi program berjaya, ikon Swish akan terpapar pada ruang menu start Windows. Klik ikon ini
Membina Fail Persembahan
Fail persembahan boleh dibina menggunakan beberapa cara:
1.Membina fail baru
2.Membina fail baru dan memasukkan (import) fail persembahan kepadanya
3.Membuka fail lama dan melakukan pengubahsuaian
Bagi membina fail persembahan baru, klik File>New pada menu Swish atau klik ikon New pada palang peralatan.
Penetapan Skrin Persembahan
Sebelum memulakan kerja, tentukan dahulu saiz paparan persembahan yang diinginkan. Perlu diingati, ukuran paparan adalah dalam unit piksel (titik kecil yang mewakili satu warna). Sebagai contoh, paparan skrin monitor anda adalah 1024 (W) x 768 (H). Oleh itu sekiranya anda ingin menghasilkan persembahan dengan saiz separuh daripada monitor anda, anda boleh menggunakan saiz 512 (W) X 384 (H) piksel. Klik tab Movie pada panel ketetapan di sebelah kanan Swish dan tukar saiz skrin persembahan mengikut citarasa anda.
Anda juga boleh memilih warna bagi latar belakang pentas mengikut pilihan anda. Klik pada ruang petak di sebelah butang Bgnd Color dan pilih warna berdasarkan pilihan yang diberikan.
Di dalam animasi, terdapat satu konsep yang digunakan bagi menghasilkan sebuah persembahan yang baik dan lancar. ‘Frame rate’ atau bingkai sesaat (bilangan pertukaran gambar sesaat) membolehkan sebuah gambar berubah dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain dengan beberapa kualiti pergerakan yang berbeza. Ini membolehkan sesebuah animasi yang dihasilkan kelihatan seolah-olah bergerak. Secara biasa, Swish memilih 12 frame sesaat, tetapi jika anda merasakan persembahan anda memerlukan kualiti pergerakan animasi setara televisyen, tukar angka ini kepada 25 fps (frame per second). Tetapi perlu diingati, kualiti yang baik bermakna fail persembahan yang dibina akan memerlukan saiz yang lebih besar juga.
Memasukkan Komponen Persembahan
Setelah selesai membina pentas, kini tibalah masa untuk anda memasukkan komponen-komponen (media) yang anda perlukan bagi persembahan anda. Swish memberikan anda keupayaan mengintegrasikan media teks, gambar, audio, video, dan juga animasi untuk penghasilan sebuah persembahan multimedia yang baik dan bermutu.
Apabila anda membina fail persembahan baru, ‘Sceen 1’ ataupun babak 1 akan dibina secara otomatik. Ia akan dipaparkan pada panel outline dan jalur masa Swish. Apabila pengguna memasukkan komponen media seperti teks, gambar, bunyi dan sebagainya, media-media ini akan disusun di bawah (di dalam) sceen (babak) ini.
Klik ikon text untuk memasukkan teks anda. Taipkan teks pada ruang yang disediakan di panel ketetapan. Teks ini akan dipaparkan pada ruang layout Swish.
Anda juga boleh mengubah kedudukan teks atau media lain di ruang layout dengan menggunakan teknik ‘klik and drag’ media tersebut.
Anda juga boleh mengolah teks ini seperti di dalam Ms Word iaitu pemilihan warna, jenis susunan teks, dan format serta jenis teks.
Klik ikon image untuk memasukkan gambar ke dalam persembahan. Sebuah tetingkap ‘open’ akan dipaparkan. Cari gambar yang anda perlukan.
Seperti teks, anda juga boleh mengalihkan kedudukan gambar pada skrin layout. Selain itu, anda juga boleh mengubah saiz gambar mengikut keperluan. Klik gambar, dan tarik pada pepenjurunya untuk mengubah saiz gambar.
Menganimasikan media
Klik media yang hendak dianimasikan. Kemudian klik kotak pertama baris media itu pada kotak jalur masa.
Kemudian klik butang ‘Add Effect’. Pilih kesan animasi yang anda perlukan.
0 ulasan