Laman ini dibangunkan sebagai pusat rujukan / tutorial bagi pembangunan aplikasi atau persembahan animasi Flash menggunakan aplikasi Swish. Swish adalah aplikasi yang kecil, mesra pengguna dan mudah digunakan bagi menghasilkan produk yang setanding dengan Adobe Flash...
  • Tutorial Swish Max 3 (siri 1)

    Penghasilan Montaj Latar Majlis 1. Buka aplikasi Swish Max 2. Pilih template Movie (800x600) 3. Pada panel Properties, klik butang Movie Properties 4. Klik pada butang Background color untuk mengubah warna lata ...

  • Aplikasi Percuma dari SwishZone

    Walaupun kebanyakan aplikasi dari SwishZone (pengeluar produk Swish) adalah berbayar, harga yang ditawarkan sebenarnya adalah agak berpatutan. Walaubagai manapun, SwishZone sebenarnya ada menyediakan beberapa aplik ...

  • SwishMax Versi 4!

    Swish sekali lagi telah berevolusi kepada versi terkini; Swish Max 4! Biasanya perubahan versi bermaksud akan ada perubahan pada antaramuka Swish. Ini bermaksud: Pengguna versi lama Swish terpaksa belajar kembali a ...

  • Menggunakan Swish v2.0!

    Antaramuka Swish mudah difahami dan digunakan. Anda boleh membina fail baru persembahan, mengubahsuai fail persembahan sedia ada, menyimpan fail yang telah diubah serta mengimport dan mengeksport fail persembahan d ...

  • Pengenalan Animasi

    Animasi? Animasi (animation) berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “dihidupkan” ataupun “bring to life”. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, animasi merujuk kepada perbuatan atau proses menjadik ...

Ada Kemusykilan? Tinggalkan pertanyaan anda di bawah:


Aplikasi Percuma dari SwishZone

Syamsul | 3:31 PG | 0 ulasan

Walaupun kebanyakan aplikasi dari SwishZone (pengeluar produk Swish) adalah berbayar, harga yang ditawarkan sebenarnya adalah agak berpatutan. Walaubagai manapun, SwishZone sebenarnya ada menyediakan beberapa aplikasi yang boleh dimuat turun / digunakan secara percuma.

1. Swish Lite (muat turun)

Swish Lite adalah versi kecil Swish dengan fungsi yang terhad. Ia sesuai bagi mereka yang inginkan sebuah aplikasi yang mudah digunakan untuk membangunkan sebuah aplikasi/persembahan multimedia ringkas.

SWISH Lite sangat mudah digunakan. Dengan hanya beberapa klik, pengguna boleh membuat animasi kelihatan amat profesional (melibatkan teks, gambar dan suara). SWISH Lite telah tersedia dengan puluhan kesan khas teks seperti Explode, Vortex, 3D Spin, Wave dan banyak lagi. Anda boleh mengimport GIF, JPEG dan gambar PNG, serta suara WAV dan MP3 bagi menghasilkan sebuah produk multimedia yang menakjubkan!

Lihat Tutorial Swish Lite

2. Swish Pix (muat turun)

SWISH Pix membolehkan anda membina album foto Flash yang menakjubkan dari foto kegemaran anda. Hanya pilih imej, tambah tema, muzik, callouts atau clipart dan anda akan memiliki album foto beranimasi dalam hanya beberapa minit!

Lihat Tutorial Swish Pix

Category: ,

Pengarang: Syamsul adalah pengurus halaman blog ini. Bekerja di Kolej Komuniti Sabak Bernam sejak tahun 2004 dan mempunyai pengalaman mengendalikan Swish sejak tahun 2002 (Swish versi 1.5). Blog ini dibina sebagai tapak perkongsian ilmu Swish yang beliau miliki.

TEST FACEBOOK KOMEN

0 ulasan