Pengenalan Animasi
Animasi?
Animasi (animation) berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “dihidupkan” ataupun “bring to life”. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, animasi merujuk kepada perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Oleh itu kita dapat simpulkan bahawa animasi adalah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik.
Kreatif?
Kreatif ataupun kreativiti pula ialah penjanaan idea baru yang unik dan tidak pernah wujud sebelum itu. Kreatif bukanlah lahir secara semula jadi, tetapi boleh dilatih dan dibentuk asalkan seseorang itu mahu berusaha. Persoalan yang harus ditanya bukanlah “Adakah anda seorang yang kreatif?” tetapi sebenarnya “Bagaimanakah (dari sudut mana) anda kreatif?”. Ada tujuh jenis kreativiti manusia yang lazim seperti kreativiti visual, kreativiti muzik, kreativiti percakapan, kreativiti bergaul dengan orang lain, kreativiti mengenali diri sendiri, kreativiti alam persekitaran, dan kreativiti gerak tubuh.
Multimedia?
Multimedia merujuk kepada penyepaduan (gabungan) beberapa bentuk media seperti teks, bunyi, gambar, video, dan animasi bagi menghasilkan suatu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan multimedia berasal daripada dua perkataan Inggeris yang terbit dari dua perkataan iaitu Multi dan Media. Multi bermaksud bermacam-macam atau berjenis-jenis manakala Media pula merupakan alat-alat yang digunakan sebagai saluran untuk berkomunikasi seperti akhbar, radio, televisyen dan sebagainya yang berperanan menyebarkan maklumat serta berita kepada orang ramai.
Multimedia Dan Animasi
Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah persembahan ataupun program multimedia. Animasi yang dahulu bermula sebagai siri kartun hitam putih “Mickey Mouse” oleh Walt Disney, kini telah meluas digunakan terutama dalam projek komputer berasaskan multimedia.
Maksudnya... Semua orang kreatif ke?
Ya... Cuma kreatif kita mungkin dalam aspek berbeza (",)